Apakah jawatan anda :


03 Februari 2010

sukantara sesi 1 (petang)

Pada tarikh 2 Feb 2010, SMK Dato Abdul Rahman Andak telah mengadakan Sukantara yang melibatkan 4 buah rumah sukan iaitu Rumah Cenderawasih,Rajawali,Merak, dan Garuda. Pada hari pertama Sukantara diadakan, semua guru dan pelajar memberikan komitmen yang sangat menggalakkan. Keempat-empat buah rumah sukan yang diterajui dengan guru-guru yang berwibawa masing-masing menggunakan strategi tersendiri bagi menarik minat pelajar untuk mendapatkan mata bagi pasukan mereka. Cuaca yang sangat baik merupakan rahmat dan telah membakar semangat pelajar untuk berusaha meraih seberapa banyak mata bagi pasukan mereka.
Tahniah kepada Pentadbir sekolah, Unit Sukan, guru-guru, pelajar-pelajar Sains Sukan serta pelajar-pelajar rumah sukan yang sanggup terun padang bagi menjayakan sukan tara ini.









Tiada ulasan: